Resepi Udang Masak Lemak
UDANG GALAH MASAK LEMAK Ini antara menu kegemaran keluarga saya. Masak lemak udang galah ni saya masak tidak pedas. Anak-anak pun boleh makan. Resipi saya mudah sahaja. Bahan: Bawang merah: 4-5 Bawang putih: 3 Halia sebesar ibu jari Lengkuas separuh ibu jari Kunyit hidup Serai sebatang Buah keras: 1 @ 2 - untuk pekatkan kuah Santan Garam secukup rasa Sedikit gula Udang galah, jangan lupa. Cara: 1. Bahan di atas ditumbuk guna lesung, kecuali serai. 2. Panaskan sidikit minyak masak. 3. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan serai. 4. Apabila sudah naik bau, masukkan udang galah tadi. Gaul sekejap. 5. Masukkan santan. 6. Kacau sehingga mendidih. 7. Akhirnya, boleh masukkan garam dan sedikit gula. Boleh juga masukkan buah tomato. Boleh hidang untuk makan. π Kredit resepi ini kepada rohamiah muda via masak apa hari ni